Panasnya Hari Ini

“Jangan Mudah Tuduh Saya Sudah Masuk Kancah Pembangkang”- Muhyiddin

KUALA LUMPUR:Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan bahawa beliau bersekongkol dengan pihak pembangkang apabila gambarnya yang dilihat berjalan seiringan dengan pemimpin pembangkang di Parlimen baru-baru ini menjadi bahan sebutan.

Ujarnya, gambar itu tidak perlu dijadikan isu kerana di Parlimen ia sudah menjadi kebiasaan kepada ahli-ahli Parlimen untuk ‘berkawan’ dengan mana-mana ahli.

Jelasnya lagi, ia permainan psikologi pihak-pihak yang memang tidak bersetuju dengan dirinya.

“Pada waktu itu, saya sedang menuju ke majlis perasmian. Ketika berjalan ke Dewan Rakyat, saya nampak ramai di belakang saya termasuk beberapa pemimpin Umno.

“Di hadapan, kiri, kanan saya ada Lim Guan Eng dan lain-lain. Kami di Parlimen ini kadang-kadang tak kisah latar belakang kita hendak berjalan, bercakap minum dekat kafe duduk di meja bersama-sama.

“Jangan mudah tafsirkan bahawa saya telah masuk kepada pihak pembangkang. Ingat saya ini Umno totok tetapi tidak bermakna sebab itu kita harus mengikut mereka atau bersekongkol dengan mereka. Pada zahir saya tidak melihat itu sebagai isu kerana di Parlimen biasa seperti itu,”katanya memetik sumber Sinar harian.

Ujar Muhyiddin lagi, ada kemungkinan apabila beliau berhadapan dengan masalah, pemimpin Barisan Nasional (BN) tidak sanggup untuk rapat dengannya lagi.

“Nak bergambar dengan saya pun takut, takut nanti mereka (pemimpin BN) juga dipecat oleh sebab ‘bersekongkol’ dengan Muhyiddin,”katanya.

Tegasnya lagi, tiada orang Umno yang ingin datang bergambar dengannya kerana tindakan pimpinan tertinggi parti mengatakan mereka bersekongkol dengan beliau.

“Jadi awak jangan marah Muhyididin. Awak sendiri takut hendak berkawan dengan Muhyiddin tengok orang lain dah rapat dengan saya.

“Tapi jangan dengan mudah menuduh saya sudah masuk ke kancah pembangkang, bersekongkol dengan mereka ini semua permainan psikologi pihak-pihak yang memang tidak bersetuju dengan sayalah,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");