Jenayah

Pemandu teksi nahas di Tawau

TAWAU – Seorang pemandu teksi maut manakala seorang penumpangnya cedera selepas teksi tersebut bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Persona di Km75, Jalan Tawau-Kunak kira-kira pukul 3.03 petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Latang Tassaka, 69, beralamat di Jalan Apas manakala penumpangnya Yunus Maka, 47, patah kaki.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus dalam kenyataan hari ini berkata siasatan awal mendapati teksi yang menuju arah Lahad Datu itu cuba memotong sebuah lori, namun gagal lalu bertembung dengan kereta tersebut yang datang dari arah bertentangan.

Beliau berkata, pemandu teksi tersebut meninggal di Hospital Kunak.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");