Panasnya Hari Ini

“Jika Mahu Kekal Dalam UMNO, Perlu Patuhi Peraturan”- Ahmad Bashah

KUALA LUMPUR:Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah menerima keputusan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, untuk terus kekal dalam parti tersebut.

Bagaimanapun beliau turut menasihati bekas Mukhriz supaya mematuhi segala peraturan, disiplin dan perlembagaan yang ditetapkan dalam UMNO.

“Tak ada masalah nak duduk sebagai ahli parti, cuma kena terima UMNO ada peraturan dan perlembagaan, kalau nak kekal kena patuhlah,” katanya selepas ditemui pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Pendidikan Akhlak Chee Yang Kor di sini, malam tadi memetik sumber Berita Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Mukhriz bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO digantung jawatan serta Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, semalam untuk terus kekal dalam parti.

Sementara itu, Ahmad Bashah dijangka bakal Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) secara rasmi minggu depan selepas mesyuarat lembaga KFA.

Ujarnya,buat masa ini semua urusan membabitkan KFA dijalankan Timbalan Presidennya, Datuk Syed Unan Masri Syed Abdullah termasuk berkaitan tajaan pasukan.

Katanya, ia merangkumi tajaan oleh syarikat D’Herbs Healthy Sdn Bhd menerusi mesyuarat susulan akan dijalankan dengan pengasas syarikat itu, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, di Kuala Lumpur.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");