Panasnya Hari Ini

‘Itulah Kelemahan Mahathir, Senang Terpengaruh’ – Zainuddin

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, antara kelemahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ialah terlalu senang terpengaruh dengan karisma dan keterampilan seseorang hingga akhirnya memakan diri sendiri.

Katanya, perkara itu terbukti benar kerana Tun Mahathir dakwanya telah melakukan kesilapan dalam menilai bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya pernah kata kepadanya, ‘silap besar you bawa Anwar ke dalam UMNO’.

“Tun (Mahathir) kata mana dia tahu perangai Anwar macam tu,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama portal berita, Free Malaysia Today.

Cerita bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu lagi,beliau berkata, Anwar merupakan seorang ahli politik yang akan menggunakan apa sahaja peluang yang ada untuk menonjolkan dirinya.

Mengulas lanjut, beliau turut mendakwa bahawa Anwar pernah menghasut mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk melakukan tunjuk perasaan bagi membantah konsert Sudirman pada tahun 1985.

Kata Zainuddin, ini kerana Anwar mahu menunjukkan bahawa beliau masih lagi ahli kepada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), selain daripada berbohong tentang kebuluran di Baling, Kedah.

“Logiknya, adakah di Malaysia boleh mati kebuluran?”soalnya.

Zainuddin yang ketika itu bertugas sebagai wartawan turun ke tempat kejadian (Baling) dan berjumpa dengan polis, doktor, ketua UMNO kawasan dan mencari mangsa yang mati kebuluran.

Dakwa Zainudin lagi, akibat daripada cerita tersebut, komunis keluar dari hutan bagi membantu orang kampung.

“Mahathir senang terpengaruh dan percaya kepada orang yang karismatik, dia lihat Anwar (yang berkarisma).

“Sedangkan saya lebih kenal dengan Anwar,”ujarnya.

Berkata tentang Najib pula, Zainuddin berkata mungkin Tun Mahathir melihat Perdana Menteri itu sebagai cerdik.

“Dia (Mahathir) tengok Najib nampak cerdik, handsome (segak), dia pilih Najib berbanding Muhyiddin.

“Itulah kelemahan Mahathir. Dia senang terpengaruh,”ujarnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");