Panasnya Hari Ini

‘Kalau Saya Inginkan Sesuatu Dari Najib, Saya Juga Boleh Makan Dedak’

KUALA LUMPUR: Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin hari ini membidas penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendakwa ‘serangan’ yang dilakukan beliau adalah kerana beliau menginginkan sesuatu daripada Perdana Menteri.

Katanya, jika beliau menginginkan sesuatu dari Najib, pastinya beliau boleh makan ‘dedak’ seperti orang lain.

“Kalau saya hendakkan sesuatu dari Najib Razak, saya boleh makan ‘dedak’. Saya lebih berani dari Najib. Saya tidak takut sesiapa. Saya boleh naik atas pentas dan kunyah semua ‘dedak’.

“Tapi saya tidak mahu jadi binatang makan ‘dedak’ semata-mata untuk wang, jawatan atau kemasyuran,”katanya dalam status Facebooknya, hari ini.

Kata bekas pensyarah itu lagi, apa yang beliau lakukan adalah dengan menjadi diri sendiri walaupun terpaksa hilang pekerjaan beliau.

“Saya belajar di universiti sampailah saya sendiri jadi pensyarah universiti. Jadi, saya adalah sedikit kepandaian kerana saya mengajar di universiti.

“Bukanlah pandai sangat, tapi tidaklah bodoh sangat sampai tidak tahu beza antara nasi dan dedak.

“Cukup sekadar menjadi diri saya sendiri yang hidup berdikari berniaga kecil-kecilan walaupun sudah hilang pekerjaan kerana saya melawan pencuri,”ujarnya.

Terdahulu, Anina dipecat daripada UMNO kerana memfailkan saman terhadap Najib yang juga Presiden UMNO.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");