Panasnya Hari Ini

Tak Masuk Akal Akta Hasutan Digunakan Untuk Siasat Tun M

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan, Akta Hasutan 1948 tidak harus digunakan terhadap sesiapa pun termasuklah terhadap seorang pemimpin yang lama memimpin negara.

Berikutan itu, Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad mendesak agar kerajaan dapat menghentikan siasatan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah akta tersebut.

“Amatlah tidak masuk akal apabila pihak berkuasa berpendapat keselamatan negara boleh diancam dengan kata-kata seorang negarawan yang sudah berumur 90 tahun dan telah menghabiskan hampir keseluruhan usianya di dalam perkhidmatan awam.

“Undang-undang keselamatan sepatutnya digunakan untuk melindungi negara daripada ancaman keganasan yang sebenar, bukan untuk menyelesaikan pertikaian politik,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad berkata, pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu dibawah Akta Hasutan.

Dalam masa yang sama, pihaknya juga turut kurang senang dengan penyiasatan di bawah akta yang sama ke atas beberapa peguam yang telah membuat satu usul berkenaan Peguam Negara dalam Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Peguam baru-baru ini.

“Kami sering berpendirian bahawa Akta Hasutan haruslah dihapuskan, tidak kira ia digunakan ke atas sesiapa pun.

“Kami percaya semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras berkongsi sentimen ini dan tidak mahu sebarang tindakan diambil sama ada ke atas Dr Mahathir mahupun peguam-peguam tersebut,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");