Panasnya Hari Ini

Kedaulatan Undang-Undang Tak Berjalan Jika Najib Tak Dibawa Ke Mahkamah –Tun M

KUALA LUMPUR: Tun Mahathir akan menganggap kedaulatan undang-undang di negara ini tidak akan dapat dilaksanakan dibawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya kes saman yang dikemukakan beliau terhadap Perdana Menteri tidak didengari di mahkamah.

Berikutan itu, bekas perdana menteri itu amat mengharapkan agar kes saman tersebut akan dapat didengari di mahkamah.

“Mengikut proses undang-undang, saman semacam ini perlulah dibawa ke mahkamah untuk didengar dalam mahkamah dan keputusan dibuat oleh mahkamah.

“Kalau dia tak sampai ke mahkamah bermakna kedaulatan undang-undang tidak berjalan,”katanya, memetik laporan Malaysiakini.

Dalam masa yang sama, Tun Mahathir berkata, pada hari ini dapat dilihat berlaku perkara sebaliknya apabila ada orang membuat laporan polis pula akan dipanggil, disoal, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah kerana membuat laporan polis.

Tun Mahathir bagaimanapun tidak menamakan mana-mana pihak.

“Tapi tuduhan dia lain lah, kononnya dia pengganas,”ujarnya.

Kenyataan dari Tun Mahathir itu bagaimanapun dipercayai merujuk kepada kes bekas pemimpin UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang yang pernah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tahun lalu.

Terdahulu, pada 23 Mac lalu, Tun Mahathir bersama Khairuddin dan bekas anggota UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saadudin telah memfailkan saman terhadap Najib diatas dakwaan salah laku yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");