Panasnya Hari Ini

Isu Banglo : Guan Eng Tak Perlu Bercuti – Tun M

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak perlu bercuti ketika siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadapnya dijalankan.

Ini kerana, kata Tun Mahathir, Guan Eng bukanlah didakwa oleh pihak berkuasa atas pertuduhan penyalahgunaan kuasa atau rasuah.

“Yang mendakwa Guan Eng rasuah adalah media dan bukan pihak berkuasa. Beliau tidak perlu cuti ketika siasatan dijalankan.

“Saya juga pernah dituduh rasuah satu ketika dahulu dan jika saya bercuti kerananya susah sebab banyak kerja perlu dilakukan,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes Guan Eng berbeza dengan kes yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerima dana sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Ini kerana, kes yang melibatkan Najib dengan jelas dapat dilihat banyak bukti tentang penyelewengan dan pelanggaran undang-undang.

“Jelas sekali kes Najib kini bukan sekadar dakwaan. Ada banyak bukti dan kerana itu kita mahu Najib meletakkan jawatan,”ujarnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya mendakwa bahawa Guan Eng telah membeli sebuah banglo di Jalan Pinhorn, Georgetown di bawah harga pasaran.

Guan Eng juga didakwa membeli rumah tersebut daripada pemilik asal yang dikatakan mempunyai hubungan dengan syarikat yang membida tanah di Taman Manggis untuk dibangunkan sebagai kediaman mewah.

Berikutan itu, pemimpin Barisan Nasional menyarankan agar Guan Eng bercuti ketika siasatan dijalankan terhadapnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");