Panasnya Hari Ini

Keluarga Tidak Akan Mohon Parol Untuk Anwar

KUALA LUMPUR: Ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak akan memohon parol kerana percaya bahawa bekas Ketua Pembangkang itu tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, keluarganya lebih memfokuskan untuk mendapatkan pengampunan berbanding parol kerana parol menunjukkan Anwar bersalah.

“Kes kita jelas, beliau (Anwar) tidak bersalah. Memang ada permohonan dibuat ekoran kegagalan mahkamah mempertahankan keadilan.

“Saya fikir dan sekarang ini lebih jelas dan menyedihkan kerana sudah banyak kali saya katakan tentang ini. Anwar, dilihat menjadi sebagai suatu indikator kepada banyak lagi kes.

“Bahkan, banyak lagi banduan yang bukan sahaja memerlukan perhatian dari segi perubatan, tetapi banyak lagi mereka yang ditahan atas nama undang-undang,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Tambahnya lagi, beliau dan ahli keluarganya juga telah memohon Pengampunan Draja sekali lagi dan kini sedang menunggu keputusan.

“Kita dah hantar buat kali kedua tetapi kita turut mendesak kepada penjara dan kerajaan kerana masih tidak ada jawapan rasmi menolak permohonan tersebut,” katanya.

Terdahulu, isu berkaitan parol timbul selepas bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo dibebaskan dari Penjara Kajang semalam, selepas mendapat parol dan kini perlu menjalani baki hukuman penjara dua bulan di rumahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");