Membawang Hari Ini

Impian majlis nikah ringkas Nazim tak tertunai

KUALA LUMPUR: Biarpun pada asalnya Nazim Othman inginkan sebuah majlis pernikahan ringkas, namun pelakon itu mengaku perlu menghormati permintaan keluarga untuk mengadakan acara bersejarah dirinya dan Bella Daly di beberapa lokasi berbeza.

Sedar perkahwinan mereka turut membabitkan anggota keluarga dan saudara-mara, pelakon itu berkata dirinya tidak ralat dengan apa saja perubahan terhadap rancangan asal.

“Jika diikutkan, saya teringin mengadakan majlis akad nikah dan resepsi pada hari sama. Bagaimanapun, berikutan ia turut membabitkan keluarga, perancangan asal menjadi beranak-pinak. Saya perlu menghormati permintaan mereka.

“Kalau ikut kemahuan hati, saya ingin melangsungkan majlis terbabit di ibu kota saja. Namun, bapa meminta saya mengadakan majlis di Johor Bahru kerana ia lebih dekat dengan saudara-mara. Bella pula mahukan majlis pernikahan dan resepsi diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

“Dalam situasi ini, saya hormati permintaan keluarga Bella. Jadi, kami bertolak ansur dalam hal ini dan membahagikan tugas sebaik mungkin,” katanya sambil memberitahu, sehingga kini mereka belum memutuskan mengenai lokasi majlis berkenaan.

Katanya, selain acara akad nikah dan resepsi di Sabah dan sebuah lagi di Johor, berkemungkinan majlis keraian turut diadakan di Kuala Lumpur untuk teman rapat dan media,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman program baharu, Gempak Superstar, yang turut disertainya di sini, pada Selasa.

Pelakon itu juga berkata, beliau dan Bella sudah mempunyai tarikh pilihan untuk majlis penyatuan mereka, cuma ia belum dapat diputuskan lagi.

“Kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan. Ada kemungkinan juga dengan kesibukan serta komitmen saya terhadap kerjaya seni, tarikh yang dipilih itu pun terpaksa dianjakkan lagi. Apa pun, semuanya bakal dilunaskan juga tahun ini.

“Selain bersaing dalam Gempak Superstar yang mula bersiaran 10 April depan, saya juga akan terbabit dengan penggambaran telenovela 100 episod bersama Astro,” katanya yang mengikat tali pertunangan bersama Bella pada November tahun lalu.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");