Panasnya Hari Ini

Kerajaan Ambil Berat Kesan Cuaca Panas Melampau

KUALA LUMPUR: Kerajaan amat mengambil berat tentang kesan dan akibat daripada cuaca panas melampau yang melanda negara sejak kebelakangan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kerajaan akan mengambil segala langkah berjaga-jaga yang perlu untuk menghadapi cuaca panas melampau tersebut.

Jelasnya, gelombang haba atau ‘heatwave’ yang berlaku juga boleh mendatangkan bahaya terutamanya kepada kanak-kanak dan golongan tua.

“Andai terdapat gejala-gejala penyakit berkaitan cuaca panas dan gelombang haba seperti sakit kepala, ekzema pada kaki, denyutan jantung yang cepat, ruam panas, kekejangan otot atau sakit badan, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan berdekatan,” katanya menerusi catatan terbaharunya di laman blog NajibRazak.com.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Pendidikan akan memantau keadaan tersebut dari semasa ke semasa untuk memastikan kesihatan para pelajar terjamin.

“Sekiranya keadaan panas melampau berterusan selepas cuti sekolah minggu ini, pihak Kementerian Pendidikan akan memutuskan sama ada sekolah perlu ditutup untuk menjaga kesihatan para pelajar,” katanya lagi.

Tambah beliau lagi, pada masa kini, langkah sedia ada adalah memberi kuasa mengikut budi bicara pengetua serta guru besar untuk membatalkan aktiviti luar kelas jika keadaan memaksa.

Beliau turut menasihati orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap risiko kebakaran terutamanya di kawasan kering seperti padang permainan berdekatan rumah, ladang, belukar dan hutan.

“Kesihatan serta keselamatan perlu sentiasa kita utamakan,” kata beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");