Panasnya Hari Ini

Kerjasama PAS-Ikatan Bukan Punca Melayu Berpecah – PAS

KUALA LUMPUR: Kerjasama politik diantara PAS dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) bukanlah punca kaum Melayu di negara ini berpecah, kata PAS.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kaum Melayu di negara ini sememangnya sudah lama berpecah.

“Apa yang kita lakukan (kerjasama politik ini) ialah untuk satukan Melayu dan semua kaum di Malaysia,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan bahawa PAS tidak pernah menyebut bahawa parti Islam itu akan bergerak sendiri.

“Kita terima hakikat masyarakat majmuk yang ada di Malaysia.

“Kalau PAS dapat majoriti besar sekalipun, PAS tidak akan membelakangi kaum-kaum lain. Mesti bersama. Mengikut tuntutan agama kita, wajib menghormati masyarakat majmuk,” katanya lagi.

Terdahulu, terdapat pihak yang telah menyifatkan pembentukan blok politik ketiga antara PAS dan Ikatan hanya akan memecahbelahkan perpaduan Melayu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");