Panasnya Hari Ini

PAS-IKATAN Sependapat Hudud Belum Sesuai Dilaksanakan

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) menegaskan bahawa isu hudud tidak akan menjadi isu besar diantara PAS dan parti itu dalam usaha untuk membentuk blok pembangkang ketiga.

Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, walaupun bergabung dengan PAS, mereka masih sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

“Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.

“Tetapi, hanya untuk tingkatkan lagi kuasa mahkamah syariah. Kerana, kuasa mahkamah syariah lebih rendah dari mahkamah majistret,” katanya memetik sumber Freemalaysiatoday.

Beliau turut menegaskan bahawa isu hukum hudud itu merupakan isu dan provokasi yang hanya dimainkan oleh penyokong UMNO di Kelantan.

“Mereka (PAS) tidak membawa hudud, selama 20 tahun memerintah, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak pernah bawa. Dia (Nik Aziz) tahu bahawa rakyat tidak sokong.

“Tetapi ia mendapat provokasi dari ahli-ahli UMNO di kawasan kampung terutamanya, kenapa PAS sebagai sebuah kerajaan tidak membawa hudud,” katanya.

Tambahnya lagi, Islam bukanlah sebuah agama yang ketat sebaliknya adalah agama untuk semua pihak.

“Islam juga benarkan atas beberapa syarat, kita boleh menangguhkan pelaksanaan hukum hudud dan di Malaysia, saya lihat kita termasuk dalam syarat berkenaan kerana masyarakat berbilang bangsa,” ujar beliau.

Beliau turut menegaskan bahawa tanggungjawab PAS adalah untuk memperketatkan undang-undang mahkamah syariah juga telah selesai dan kini terpulang pada rakyat untuk menghakiminya.

“Mereka telah bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kemudian bentangkan di Parlimen. Tugas mereka sudah selesai, sebagai seorang muslim, mereka telah lakukan sebaik mungkin.

“Kini terpulang kepada rakyat, untuk memilih kerajaan, kerana kini ia di bawah kuasa UMNO,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");