Panasnya Hari Ini

Kerjasama Politik PAS-PKR Terus Terjalin

KUALA LUMPUR: PAS tidak akan memutuskan kerjasama politik dengan PKR walaupun telah mewujudkan blok pembangkang yang baharu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, ini kerana, parti itu masih mempunyai hubungan politik dan bersama-sama dengan PKR dalam kerajaan negeri Selangor.

“PAS dan PKR mempunyai matlamat bersama, antaranya adalah untuk menumbangkan kerajaan UMNO, BN dan mempertahankan kerajaan Negeri Selangor,”katanya, lapor Antarapos.

Dalam masa yang sama, ketika ditanya sama ada kerjasama baharu antara PAS dan IKATAN akan merugikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang disebabkan berlakunya perpecahan undi, beliau berkata, adalah terlalu awal untuk meramalkan apa bentuk kerjasama politik dalam PRU yang akan datang.

“Kewujudan beberapa blok pembangkang adalah perkara biasa di negara maju.

“Kerjasama antara blok itu adalah perkara biasa demi untuk mencapai matlamat yang sama,”ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PKR mengamalkan sikap terbuka dan sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

Jelasnya lagi, ianya termasuklah dari PAS walaupun parti itu sudah membentuk gabungan blok pembangkang dengan IKATAN.

“Saya percaya matlamat mereka adalah sama iaitu untuk bawa perubahan dalam sistem kenegaraan.

“Walaupun PKR dalam Pakatan Harapan (PH), namun kita tak nampak sebarang masalah untuk bekerjasama dengan PAS yang mengamalkan ‘Tahaluf Siyasi’,”ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");