Isu Panas

Pas, PKR masih ada hubungan politik

SHAH ALAM – “Kita memang mewujudkan kerjasama dengan Ikatan, namun ini tidak bermakna Pas telah memutuskan hubungan dengan PKR,” kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Iskandar berkata, Pas masih mempunyai hubungan politik dan masih dalam kerajaan negeri bersama PKR.

“Pas dan PKR mempunyai matlamat bersama, antaranya adalah untuk menumbangkan kerajaan Umno, BN dan mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.

Apabila disoal mengenai mengenai apakah kerjasama Pas dan Ikatan itu akan merugikan PRU14 nanti disebabkan kemungkinan pecah undi, Iskandar menjawab, ia adalah terlalu awal untuk meramalkan apa bentuk kerjasama politik pada PRU akan datang.

“Kewujudan beberapa blok pembangkang adalah perkara biasa di negara maju.

“Kerjasama antara blok itu adalah perkara biasa demi untuk mencapai matlamat yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Keadilan bersikap terbuka dan sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja termasuk Pas walaupun parti itu sudah membentuk gabungan baharu dengan Ikatan.

Menurutnya, Keadilan daripada awal sentiasa bersikap terbuka dan sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak dan individu yang ingin melakukan perubahan.

“Saya percaya matlamat mereka adalah sama iaitu untuk bawa perubahan dalam sistem kenegaraan.

“Walaupun Keadilan dalam Pakatan Harapan, namun kita tak nampak sebarang masalah untuk bekerjasama dengan Pas yang mengamalkan ‘Tahaluf Siyasi’’,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");