Jenayah

Kes murid dipukul selesai peringkat PPD

KUALA NERANG: Kementerian Pendidikan minta kes guru memukul murid di sebuah sekolah rendah di Tikam Batu, Sungai Petani diselesaikan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bersama keluarga murid berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata isu itu tidak perlu dibawa ke peringkat kementerian kerana boleh diselesaikan secara harmoni dengan keluarga murid terbabit.

Katanya, terlalu banyak isu berkaitan kementerian dan tidak semuanya perlu diperbesarkan atau dibawa hingga ke peringkat tertinggi untuk diselesaikan.

“Saya serahkan kuasa menyelesaikan perkara ini kepada mereka (PPD), tak perlu dibawa hingga ke peringkat kementerian kerana terlalu banyak isu, ” katanya selepas majlis penyerahan telaga tiub sumber air tanah di Sekolah Menengah Agama As-Siddiqiah Al- Islamiah Kampung Padang Kerasak, di sini

Akhbar hari ini melaporkan seorang murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di Tikam Batu mendakwa dicekik dan dipijak oleh seorang guru disiplin atas kesalahan membabitkan basikal yang digunakannya di sekolah.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");