Berita Hari Ini

Projek landasan Berkembar Gemas-Johor akan diteruskan

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan pusat akan meneruskan Projek landasan berkembar Gemas-Johor Bahru, kata Perdana Menteri hari ini.

“Sukacita saya mengesahkan kerajaan pusat akan meneruskan projek ini sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Bajet 2016 baru-baru ini,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada perasmian pembangunan hartanah Forest City di sini.

Projek pembangunan hartanah itu dilancarkan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Tahun lepas, kerajaan mengumumkan Malaysia meluluskan projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Baru (EDTP) itu kepada China Railway.

Landasan itu akan melengkapkan rangkaian landasan berkembar elektrik sehingga ke Padang Besar (Perlis).

Pada masa ini rangkaian kereta api di Malaysia sepanjang 1,641.4 kilometer, dengan 46 peratus membabitkan trek berkembar elektrik.

Penyiapan EDTP Gemas-JB pada 2020 akan meningkatkan rangkaian kereta api elektrik kepada 58 peratus, katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");