Panasnya Hari Ini

Khairuddin Selar Kenyataan Nasrudin

KUALA LUMPUR: Bekas ahli UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menyelar Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi kerana tidak memahami isu polemik yang kini terjadi di negara ini dan agak ketinggalan zaman.

Kata Khairuddin lagi, dunia pada ketika ini sedang memerhati pelbagai kes rasuah dan penyelewengan dana syarikat 1MDB berjumlah berbilion ringgit, wang derma RM2.6 bilion dan wang SRC International berjumlah RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa isu lain.

Khairuddin berkata, dengan pelbagai isu yang melanda negara pada ketika ini, Nasrudin yang juga Ketua Penerangan PAS boleh berkata bahawa perjuangan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berteraskan kepentingan peribadi.

“Saya amat takut kerana ramai tokoh-tokoh pemimpin PAS yang begitu intim dengan tokoh pemimpin UMNO telah menyebabkan virus penyakit minda lemah otak udang majoriti pemimpin-pemimpin UMNO sedang menular berjangkit kepada tokoh-tokoh PAS pula.

“Selaku Ketua Penerangan PAS, Nasrudin tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak berasas serta tidak cerdik ini.

“Ini membuktikan PAS telah hilang hala tuju perjuangan untuk membela bangsa, agama mahupun negara kita ini,”ujarnya menerusi catatan terbaru di Facebooknya.

12803251_550559571781671_2564545570980652029_n

Beliau juga turut membandingkan Nasrudin dengan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang dilihat lebih bernas serta rasional di dalam mengupas mengenai masalah-masalah pokok yang menjadi polemik rakyat.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyifatkan bahawa Nasrudin tidak peka ataupun sensitif dengan rungutan rakyat di peringkat bawahan yang sedang tertekan dengan berbagai masalah kehidupan harian.

“Di saat bahtera UMNO sedang nak karam, tokoh pemimpin PAS sanggup nak berpaut untuk bersama-sama menempa maut. Dulu ketika bahtera UMNO berada pada tahap yang cukup baik diajaknya bersatu, tak mahu pula.

“Kenapa boleh jadi begini sehinggakan tokoh pemimpin PAS dah mula hilang pertimbangan dan tak dapat baca keadaan penerimaan rakyat terhadap UMNO dewasa ini? Pembacaan politik PAS cukup haru biru kini!” tegasnya.

Dalam masa yang sama, beliau mengharapkan agar Nasrudin dapat membuat kenyataan-kenyataan yang berilmiah dan realistik agar PAS tidak kelihatan ‘dungu’.

“Sayang dan jagalah imej parti PAS! Secara realitinya, PAS mempunyai lebih ramai ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin dari kalangan professional yang terpelajar berbanding UMNO.

“Sebab itulah UMNO menjadi bangang tetapi janganlah parti PAS nak ikut jejak langkah UMNO pula,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");