Sukan Hari Ini

‘Shaharuddin dalam bahaya’

Kuantan: Jurulatih Pahang Ahmad Shaharuddin Rosdi (gambar) bakal berdepan tindakan jika skuad Tok Gajah gagal melangkah ke suku akhir Piala FA.

Pengurus pasukan Datuk Che Nasir Salleh berkata, aksi pusingan ketiga Piala FA bertemu Sime Darby FC di Stadium Darul Makmur, malam esok, bakal menjadi penentu kedudukan Shaharuddin selaku pengendali Pahang.

Katanya, menerusi mesyuarat kelmarin, Shaharuddin berkata, beliau bersedia menerima sebarang keputusan pengurusan tertinggi jika Pahang tewas kepada Sime Darby.

“Perbincangan berjalan dalam suasana harmoni dan Shaharuddin dengan rela hati menerima apa juga keputusan pihak tertinggi PBNP terhadapnya.

“Keputusan ini dilakukan disebabkan prestasi pasukan yang belum mencatat sebarang kemenangan dalam saingan Liga Super dan keadaan ini agak membimbangkan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dalam empat aksi Liga Super, skuad Tok Gajah sekadar mengutip satu mata ketika seri 2-2 dengan Terengganu FC II (TFC II), sebelum tewas 1-4 kepada Pulau Pinang, Selangor (1-3) dan Terengganu (1-2).

Bagaimanapun, pada aksi pusingan kedua Piala FA, Pahang menewaskan TFC II 2-1 dan akan bertemu Sime Darby yang beraksi dalam saingan Liga Perdana.

Dalam pada itu, Che Nasir berkata, pihak pengurusan tidak memberikan tekanan tetapi Shaharuddin sedar prestasi merudum dialami pasukan dan bersedia menerima akibat jika Pahang gagal melangkah lebih jauh dalam saingan Piala FA-harian metro

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");