Perak Hari Ini

Kolej Teknologi Perak Tawar 20 Pilihan Kursus Pelbagai Peringkat

IPOH: Kolej Teknologi Perak (KTP) menawarkan 20 kursus bagi peringkat kemahiran,sijil, pra- diploma dan diploma dalam pelbagai bidang kepada pelajar-pelajar yang baharu sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kepada mereka yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang digemari.

Sebanyak tujuh bidang kemahiran yang dikendalikan oleh Institut Teknologi Perak (ITP) iaitu Penyediaan Makanan, Industri Automasi, Sistem Komputer, ‘Food and Beverage’, Pelukis Pelan Senibina, ‘Pastry’ dan ‘Bakery’.

Sementara itu, bagi peringkat Diploma pula, KTP menawarkan dalam bidang Pengurusan Hotel, Seni Kulinari, Sains Komputer, Pentadbiran Perniagaan, dan Pengurusan Sumber Manusia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shaik Faridhudheen Anverdeen berkata, KTP menawarkan hampir 12 program kemahiran dibawah seliaannya di mana kursus kemahiran tersebut mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).

2 (11)

“Kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan di KTP diiktiraf oleh JPK di mana sasaran kita adalah kepada mereka yang kurang dari segi akademik, tetapi ada kemahiran-kemahiran tertentu.

“Kita jadikan ini sebagai platform kepada mereka untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu dan ini menjadi lembaran baru kepada mereka untuk belajar dalam bidang-bidang teknikal,”katanya, ketika ditemui, hari ini.

Selain itu, katanya, KTP juga turut menjalankan kerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Bagi peringkat Diploma UTM, KTP menawarkan Diploma Sains Komputer, Diploma Pengurusan Teknologi dan Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan).

Sementara itu, menerusi kerjasama dengan UiTM, KTP menawarkan Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan, Perakaunan serta Pengurusan Pelancongan selain daripada Pra –Diploma Perdagangan..

Kolej yang boleh menampung kira-kira 2,000 pelajar itu juga turut menawarkan penginapan kepada pelajar dengan harga yang berpatutan selain jarak tempat penginapan ke bilik kuliah juga hanya mengambil masa kira-kira tiga minit berjalan kaki.

IMG-20160317-WA0012

“Kita memberikan kemudahan yang selesa untuk para pelajar kita termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, dewan serbaguna serta penginapan dengan bayaran sebanyak RM150 sebulan termasuk bil eletrik dan air.

“Kita juga turut mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti ko-kurikulum untuk mereka mempamerkan bakat-bakat dalam sukan dan kebudayaan,”ujarnya.

Mengulas mengenai pembiayaan, para pelajar di KTP boleh memohon pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

“Pelajar juga boleh memohon biasiswa sekiranya mereka layak untuk memohon. Pihak KTP akan mengeluarkan surat sokongan kepada mereka.,”ujarnya.

Mengulas lanjut, para pelajar juga turut diberikan pendedahan dalam industri yang sebenar apabila KTP turut bekerjasama dengan pemain industri, terutamanya di dalam bidang perhotelan dan kulinari.

3 (7)

Ujarnya lagi, ini memberikan peluang kepada pelajar untuk mengadaptasi dengan industri yang sebenar selain daripada mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam kelas.

Sementara itu, Shaik Faridhudheen yang baru sahaja dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di KTP tiga bulan lalu, beliau memastikan bahawa prasarana yang terdapat di kolej tersebut sesuai dengan pelajar bagi memastikan pelajarnya belajar dalam keadaan yang kondusif.

“Selain itu, saya berazam untuk menjadikan Kolej Teknologi Perak ini sebagai kolej universiti dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang. Itu cita-cita saya,”ujarnya.

Orang ramai yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan KTP boleh layari laman web www.itp.edu.my atau hubungi Bahagian Perundingan Program, 05 242 6362.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");