Panasnya Hari Ini

Mahfuz Khuatir Lebih Banyak Kerosakan, Penderitaan Akan Berlaku

KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menegaskan bahawa beliau ‘tidak Tergamak’ melihat lebih banyak kerosakan berlaku di Malaysia sebagai penyebab beliau tampil menyokong agenda untuk mengubah pucuk pimpinan negara pada ketika ini.

Ujarnya, sekiranya menunggu pilihan raya umum akan datang untuk menolak kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau khuatir akan lebih banyak kerosakan dan penderitaan bakal berlaku.

“Ada orang tanya saya kenapa saya tak tunggu pilihan raya umum menuntut pengunduran Datuk Seri Najib. Sebagai rakyat yang bertanggungjawab saya tak tergamak nak tengok kerosakan negara menjadi lebih buruk dan lebih parah sementara PRU-14 lebih kurang dua tahun lagi.

“Sebagai orang yang cintakan Malaysia saya tak tergamak nak tengok penderitaan rakyat,” katanya pada sidang media perhimpunan Kongres Rakyat 2016 hari ini memetik sumber Mstar Online.

Beliau merupakan satu-satunya pemimpin PAS yang akan hadir pada perhimpunan itu dan beliau turut menegaskan bahawa kehadirannya adalah atas nama warganegara dan bukanya parti.

“Saya hadir atas nama warganegara bukan parti bermula dengan Deklarasi Rakyat,” katanya.

“Yang penting ada satu kesedaran baharu dalam politik Malaysia bahawa tak boleh dengan sewenang-wenangnya seorang perdana menteri melakukan kerosakan kepada negara dan membuatkan rakyat menderita,” katanya.

Perhimpunan tertutup itu menuntut pengunduran perdana menteri dijadual diadakan 27 Mac ini di Pusat Konvenyen Shah Alam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");