Panasnya Hari Ini

Kongres Rakyat : Najib Gagal Mengikut Jejak Langkah Tun Razak

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau amat mengharapkan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat mengikuti jejak langkah ayahnya, Tun Abdul Razak.

Jelasnya, ia menjadi harapan beliau sebaik sahaja Najib mengambil tampuk pemerintahan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Mahathir turut dilaporkan berkata, beliau antara individu yang paling gembira apabila Najib dilantik sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan Tun Abdullah.

Namun begitu, kata Tun Mahathir, kegembiraannya itu berubah apabila Najib dilihat tidak mengikuti jejak langkah Tun Razak dalam mentadbir negara dan parti.

“Beliau adalah anak Tun Razak…jadi beliau mesti menjadi seperti bapanya. Malangnya…beliau seorang yang ‘sedikit’ berbeza dengan ayahnya,”ujarnya, lapor Free Malaysia Today.

Kata-kata Tun Mahathir itu disambut dengan jeritan ‘banyak’ daripada penonton yang hadir ke majlis Kongres Rakyat Selamatkan Malaysia di Shah Alam, hari ini.

Tun Mahathir berkata, keputusan beliau untuk keluar dari UMNO buat kali pertama adalah untuk mendesak agar Najib dilantik sebagai Perdana Menteri kerana beliau terhutang budi dengan Tun Razak yang melantik beliau sebagai Perdana Menteri.

Ujarnya lagi, selepas Najib dilantik, beliau mula sedar bahawa Najib telah mengambil tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Perdana Menteri.

“Beliau (Najib) suka menggunakan wang untuk mendapatkan populariti … Ini adalah rasuah, rasuah.

“Membeli sokongan rakyat dengan memberikan wang … bukan wang dia, tetapi wang kita!” tegasnya.

Mahathir juga mengulangi dakwaannya bahawa Najib “menyembah wang” di atas segala-galanya yang mengatakan bahawa “wang adalah raja.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");