Berita Hari Ini

Telaga tiub atasi masalah petani musim kemarau

KUANTAN – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyediakan peruntukan RM4 juta bagi menyediakan telaga tiub bagi mengatasi masalah pengairan yang dihadapi segelintir petani sepanjang fenomena El-Nino melanda negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, telaga tiub itu akan dibina di enam buah negeri menggunakan kaedah menyedut air dari bawah tanah adalah langkah terbaik dan boleh dibina segera untuk menyalirkan air ke kawasan pertanian setiap kali tiba musim kering.

Menurutnya, antara negeri tersebut adalah Perlis, Kedah, Pahang dan Kelantan.

“Kita sudah bersedia awal untuk menghadapi musim kemarau dan sedang memantau dengan terperinci bagi menyelesaikan isu yang mungkin timbul kesan El-Nino yang melanda bukan sahaja di negara ini, bahkan negara jiran juga.

“Buat masa ini, keadaan kemarau belum sampai ke peringkat kritikal sehingga boleh menjejaskan pengeluaran hasil pertanian,” katanya kepada media selepas melawat Pasar Tani Mega UTC di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, pelbagai langkah lain juga sudah dikenal pasti pihak kementerian bagi memastikan nasib petani dan pendapatan mereka tidak terjejas.

Katanya, setakat ini cuaca panas melanda negara belum memberi kesan kepada bekalan hasil pengeluaran pertanian negara.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");