Berita Hari Ini

KPN: Tiada kompromi anggota polis terlibat IS

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menegaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan pilih bulu dalam siasatan terhadap anggota dan pegawai yang terlibat dalam militan IS.

Menurutnya, pihaknya tidak akan kompromi kepada sesiapa pun termasuk anggota polis atau mana-mana agensi penguatkuasa.

“Tindakan sama tetap diterima sekiranya didapati bersalah.

“Ini kerana kita tidak mahu IS ini dibiarkan terus berkembang dan menapak di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘Trim & Fit’ PDRM sempena hari polis ke-209, di Maktab PDRM, Cheras, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tentang seorang anggota polis berpangkat rendah yang ditahan dalam 15 individu warga tempatan setelah disyaki terlibat dalam kumpulan militan IS.

Kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 11 lelaki dan empat wanita berusia 22 hingga 49 tahun itu ditahan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Terengganu dalam operasi dijalankan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas.

Kesemua suspek disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – kesalahan berkaitan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");