Panasnya Hari Ini

Menjaga Keselamatan Adalah Satu Amanah – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Tanggungjawab menjaga keselamatan negara merupakan satu amanah yang terpikul di bahu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia adalah untuk memastikan keselamatan rakyat di negara ini terjamin.

Jelasnya, semua pihak menyedari bahawa ancaman keselamatan semakin mencabar.

“PDRM telah memaksimumkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi apa jua kemungkinan.

“Masyarakat juga harus bersama-sama PDRM dalam menjaga keselamatan dan keamanan ini sampai bila-bila,” katanya menerusi ucapan sempena Hari Polis Ke 209 yang disampaikan melalui Youtube yang bertajuk ‘Selamat Hari Polis 209’.

Dalam ucapan itu juga, beliau turut mengucapkan Selamat Hari Polis Ke 209 kepada seluruh warga PDRM sempena sambutan yang bersejarah ini.

“Sebagai agensi keselamatan tertua di Malaysia, seluruh masyarakat menghargai pengorbanan dan keringat dan anggota polis dalam menjaga keselamatan awam,” kata beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");