Panasnya Hari Ini

Kritik PAS Kelantan: Kenakan Hukuman Setimpal Kepada Husam

KUALA LUMPUR:Dewan Ulama PAS Kelantan mendesak agar parti itu mengenakan tindakan terhadap bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang bertindak mengeluarkan kenyataan mendakwa pentadbiran PAS negeri itu berada dalam kepincangan disebabkan oleh individu tertentu.

Menurut Ketuanya, Datuk Hassan Mahmood, kenyataan yang dikeluarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu bukan sahaja mengelirukan rakyat, malah mendatangkan kemarahan hampir keseluruhan rakyat Kelantan.

“Saya tidak tahu apa motif beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian, sedangkan perkara itu tidak benar. Apa yang jelas, parti perlu kaji dan hukuman setimpal perlu dikenakan.

“Beliau perlu jelas, sebarang keputusan membabitkan pentadbiran negeri Kelantan dibuat secara bersama, bukannya individu. Justeru, tidak timbul isu Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah lebih menonjol dan menjadi punca kepincangan dalam pentadbiran PAS Kelantan.

“Husam sepatutnya menyokong pentadbiran Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob serta timbalannya, kerana pelantikan mereka dibuat parti. Malah, semasa Husam menjawat jawatan naib presiden pun, kami semua sokong beliau tanpa ragu-ragu,” katanya memetik sumber Berita harian.

Terdahulu dilaporkan, Husam tidak mempedulikan tindakan yang bakal dikenakan Jawatankuasa Tatatertib PAS terhadapnya apabila terus berkongsi pentas dengan Parti Amanah Rakyat (PAN) untuk menyerang PAS.

Beliau juga dikatakan secara terbuka mendakwa segala kepincangan yang berlaku dalam kerajaan Kelantan sebenarnya berpunca daripada Mohd Amar dan memberi saranan supaya ADUN Panchor itu meletak jawatan.

Ujar Hassan lagi, Dewan Ulama PAS Kelantan bersama Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (BBC) menyatakan sokongan penuh kepada pentadbiran Menteri Besar dan timbalannya kerana apa yang dilakukan kini merupakan kesinambungan usaha Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Jelasnya lagi, Ahmad dan Mohd Amar layak menerajui pentadbiran Kelantan dan tidak perlu gentar dengan desakan Husam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");