Panasnya Hari Ini

Ku Li Nafi Terlibat Dengan Mana-Mana Gerakan, Berpaling Tadah

KUALA LUMPUR: Ahli veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah tampil menafikan bahawa beliau terlibat dalam mana-mana gerakan termasuk gerakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ramai yang melenting bila saya tandatangani Deklarasi Kelantan dan menuduh saya berpaling tadah. Walhal, saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana gerakan, bagaimana pula saya dituduh berpaling tadah?” katanya pada sidang media di pejabatnya, hari ini memetik sumber Astro Awani.

Tambahnya lagi, tindakan beliau menandatangani deklarasi tersebut juga tidak mengubah pendiriannya tentang urus tadbir yang baik dan juga tidak memberi implikasi undang-undang.

Ujarnya lagi, selain sebagai ahli UMNO dan menjadi ketua bahagian Gua Musang selama hampir 50 tahun, ia adalah menjadi hak beliau untuk mendatangani dokumen tersebut.

“Tidakkah saya mempunyai hak? Saya pernah berseloroh, apabila saya menandatangani buku tersebut, ia seperti buku kedatangan. Jadi saya pun tandatangan meskipun (saya tahu) ia Deklarasi Kelantan,” jelasnya.

Ditanya sama ada beliau ingin menandatangani Deklarasi Rakyat, katanya beliau tidak akan menandatanganinya kerana beliau bukan sebahagian dari gerakan tersebut dan beliau merupakan seorang ahli UMNO.

“Saya tidak akan tandatangan (Deklarasi Rakyat), kerana saya bukan sebahagian darinya. Saya ahli UMNO,” tegasnya.

Beliau turut menafikan bertanggungjawab mengedarkan akuan sumpah yang menyokong beliau untuk menjadi perdana menteri malah menegaskan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai dokumen tersebut dan hanya menyedarinya selepas melihatnya di laman media sosial.

Semalam, Tengku Razaleigh dilaporkan berkata bahawa beliau sentiasa konsisten dalam pendiriannya mengenai tatacara pemerintahan negara serta perlunya perubahan malah pada minggu lalu,beliau telah menandatangani Deklarasi Kelantan, dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");