Membawang Hari Ini, Panasnya Hari Ini

Cipta Lirik Ikut Selera Golongan Muda – Faizal Tahir

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Faizal Tahir mengakui bahawa beliau lebih selesa untuk mencipta lirik yang mudah difahami oleh golongan orang muda.

Memetik lapora Astro Gempak, Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir berkata, beliau turut menukar gaya penulisan liriknya kerana ingin mendekati golongan tersebut yang semakin terdedah dengan perkara negatif.

“Seperti lagu Nabi Adam a.s ciptaan saya menerusi kempen 25 Rasul ini, saya sengaja buat lirik yang senang dihadam dan mudah difahami anak-anak kecil serta golongan remaja. Ianya bertujuan menjelaskan kepada mereka untuk tanam dalam diri yang kita semua adalah sama sahaja.

“Saya cuba nak atasi isu semasa yang melibatkan masalah perkauman dan banyak sangat perkara negatif yang berlaku sekarang,” katanya, lapor Astro Gempak.

Faizal ditemui ketika majlis pelancaran kempen 25 Rasul yang membabitkan 29 orang selebriti dan pendakwah popular tanah air yang akan ditayangkan di Astro Oasis (106) bermula dari 30 Mac hingga 6 Mei 2016.

Beliau turut tidak menafikan bahawa sejak kebelakangan ini, beliau gemar bekerjasama dengan generasi muda.

“Saya pecaya setiap orang dalam dunia ini ada padangan berbeza. Jadi kita perlu dengar pendapat generasi muda juga. Sebab itu saya suka bekerja dengan orang muda sebab saya belajar banyak benda baru daripada mereka setiap hari,” jelasnya.

Jelas Faizal lagi, beliau memastikan supaya lirik yang diciptanya lebih mudah difahami.

“Sekarang ini saya faham yang lirik harus lebih ‘direct’ (terus) supaya orang mudah faham dan tak perlu banyak berfikir. Sebab kita kena sedar kalau nak atasi masalah-masalah yang banyak timbul masakini, golongan dewasa kena bantu dan dekat dengan anak-anak muda.

“Itu apa yang saya nampak, tambahan pula saya dah ada ramai anak. Mereka banyak bantu saya beri input bagaimana cara nak tacklegolongan remaja,” ujarnya.

Gambar:- Astro Gempak

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");