Membawang Hari Ini

Kumpulan muzik disyaki sengaja bunuh diri

SEBUAH kumpulan muzik indie bersama pengarah mereka disyaki sengaja membunuh diri selepas kereta mereka terbabas dari jambatan dan terjunam ke dalam sebuah parit.

Menurut Dailymail, berdasarkan rakaman CCTV yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Sweden, kereta yang membawa kumpulan Viola Beach dilihat sengaja merempuh pembahagi jalan.

Dalam kejadian bulan lepas tersebut, Kris Leonard, 20, River Reeves, 19, Jack Dakin, 19, Tom Lowe, 27, dan pengurus kumpulan dan pemandu, Craig Tarry, 33 ditemui maut.

Bedah siasat mendapati tiada sebarang elemen dadah atau alkohol dalam badan pemandu kereta tersebut.

Ketua Polis Stockholm, Lars Berglund menerangkan kesemua mangsa maut serta-merta selepas kereta mangsa terjunam ke dalam parit.

Saksi juga mengatakan kereta berkenaan dipandu laju dan langsung tidak menggunakan brek.

“Saya tak nampak lampu brek mereka menyala semasa kejadian,” kata saksi, Kent Udden, 49.

Pihak berkuasa bagaimanapun meletakkan kesalahan ke atas pemandu dan siasatan masih dijalankan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");