Sukan Hari Ini

Sama ampuh!

Kuala Lumpur: Skuad hoki negara berjaya menafikan impian New Zealand untuk terus mencatatkan kemenangan pada siri perlawanan persahabatan terakhir apabila mengikat Black Stick tanpa jaringan semalam.

Keputusan terbaru itu menyaksikan skuad bimbingan Stephen Van Huizen mencatat satu kemenangan, dua kekalahan serta satu seri sepanjang empat perlawanan itu.

Pada perlawanan berlangsung di Blake Park, Tauranga itu, kedua-dua pasukan lebih banyak mempamerkan corak permainan bertahan sekali gus menyaksikan tidak banyak peluang dicipta.

Pemain tengah berpengalaman negara, Fitri Saari berpendapat empat siri perlawanan persahabatan dengan New Zealand memberi banyak pengalaman bermakna, terutama kepada barisan pemain muda.

“Bagi saya, barisan pemain yang baru masuk ke dalam skuad kebangsaan dapat mempamerkan aksi terbaik.

“Walaupun kami sudah lama tidak beraksi pada perlawanan antarabangsa, keputusan empat perlawanan ini cukup positif.

“Saya boleh rumuskan kami masih kuat dan New Zealand pula tidak terlalu bagus,” katanya ketika dihubungi semalam.

Skuad negara akan meneruskan siri perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan di Auckland, esok dan Ahad.

Mereka kemudian akan ke Australia untuk empat siri perlawanan terakhir dengan tiga daripadanya menentang skuad kebangsaan Australia.

Semua siri perlawanan persahabatan itu sebagai persediaan menghadapi saingan Piala Sultan Azlan Shah yang akan berlangsung bulan depan.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");