Perak Hari Ini

Kunjungan Gourmet Circle Club Perkenal ‘Food Trail’ di Perak

IPOH: Kunjungan ‘Gourmet Circle Club’ ke Perak dapat memperkenalkan pelbagai jenis makanan yang terdapat di negeri ini kepada delegasi yang datang dari luar negara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohd Radzi berkata, kunjungan tersebut sekaligus dapat memperkenalkan negeri ini yang sememangnya terkenal dengan ‘Food Trail’.

“Kelab ini memang secara asasnya sering membuat lawatan ke negara-negara luar tetapi ini merupakan pertama kali mereka datang ke Ipoh.

“Kehadiran mereka ke Ipoh bertepatan dengan Gourmet Circle Club kerana Perak memang terkenal dengan ‘Food Trail’ bagi kalangan mereka yang menggemari makanan-makanan tradisional.

PERAKTODAY4

“Mereka telah dibawa ke Kuala Sepetang, Kuala Kangsar dan Ipoh untuk merasai keenakan makanan tradisional yang ada di Ipoh dan negeri Perak ini,” ujarnya ketika di temui di majlis ‘Yong Tou Foo & Rice Dumpling’ Making Event di Kinta Riverfront Hotel & Suites, di sini, hari ini.

Majlis tersebut menyaksikan seramai 49 delegasi daripada Gourmet Circle Club dibawah Singapore International Airlines yang melakukan lawatan empat hari tiga malam ke negeri Perak.

Turut hadir ialah Pengerusi Gourmet Circle Club, Regina Choy dan Pengarah Tourism Malaysia Perak, Ibrahim Seddiqi Talib.

Program tersebut dianjurkan oleh Persatuan Pemandu Pelancong Perak, manakala bagi penginapan pula ditaja oleh Kinta Riverfront Hotel & Suites.

PERAKTODAY5

Tambahnya, Kerajaan negeri mengharapkan lebih banyak ‘familiarization trip’ (famtrip) seperti yang dilakukan oleh Gourmet Circle Club tersebut dapat diadakan oleh pelbagai pihak ke negeri ini dalam usaha untuk mempromosikan Tahun Melawat Perak 2017.

Dalam pada itu, usaha untuk mempromosikan Tahun Melawat Perak 2017 sedang giat diadakan sehingga hujung tahun ini.

“Kita sudah melancarkan secara rasmi Tahun Melawat Perak 2017 dan promosi akan dilakukan sehingga hujung tahun ini.

“Manakala pada tahun 2017 lebih kepada pengendalian acara dan aktiviti-aktiviti untuk tarik lebih ramai pelancong datang ke negeri ini,”ujarnya.

Nolee berkata, pihaknya dengan kerjasama Tourism Malaysia Perak telah mempunyai kalendar majlis bagi sepanjang tahun 2017.

PERAKTODAY

Ujarnya lagi, kerajaan negeri mensasarkan seramai 6.5 juta pelancong akan melawat Perak pada tahun hadapan.

“Kemungkinan sasaran kita itu mungkin kerana produk-produk baharu seperti Movie Animation Park Studios (MAPS) dan produk-produk pelancongan lain di daerah Kinta.

“Tetapi saya berharap agar aktiviti ini tidak terhad di Kinta sahaja, tetapi mengharapkan kerjasama daripada agensi pelancongan untuk mempromosikan tempat pelancongan lain di Perak,” jelas beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");