Panasnya Hari Ini

Ahli UMNO Sudah Jadi Bisu, Pekak dan Buta – Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO pada masa kini sudah jadi bisu, pekak dan buta.

Beliau berkata, ia berikutan mereka mengetahui kesalahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun tetap menyokong Najib walau apa pun kesalahan yang dilakukannya.

Tegasnya, ia berkemungkinan kerana ‘dedak’ yang disuap oleh pemimpin nombor satu negara itu kepada mereka.

“Yang tidak sayang UMNO ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain.

“Kerana kepentingan diri dan tamak UMNO tidak akan menjatuhkan Najib. Kerana kepentingan diri, bangsa, negara dan agama juga sanggup dijual.

“Tidak ada ahli UMNO selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap UMNO jatuhkan Najib, tidak mungkin,” katanya menerusi catatan terbaharu di laman blog chedet.cc yang bertajuk ‘Kit Siang dan Dr Mahathir’.

Tun Mahathir turut menempelak tindakan segelintir ahli UMNO yang kononnya tidak sanggup melihat kerjasama antara beliau dengan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

“Saya diberitahu bahawa ramai ahli dan pemimpin bawahan UMNO marah kerana saya berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib.

“Ya, ini memang pelik dan aneh. Kami adalah musuh ketat. Tetapi kami berdua mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri,” tegasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");