Sukan Hari Ini

Lampu hijau buat Argentina, Uruguay

Asuncion: Presiden FIFA Gianni Infantino memberikan sokongan awal bagi bidaan bersama Piala Dunia oleh Argentina dan Uruguay semalam, berasakan sejarah dua negara Amerika Selatan itu menjadikan mereka calon utama bagi kejohanan pada 2030.

Infantino, yang dipilih mengetuai badan induk bola sepak dunia pada Februari lalu, bercakap ketika kunjungan ke ibu pejabat Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) di Paraguay.

FIFA pernah memilih Jepun dan Korea Selatan menjadi hos bersama Piala Dunia pada 2002 namun sejak itu enggan melayan bidaan bersama.

Bagaimanapun, Infantino memberitahu pegawai CONMEBOL beliau tidak menentang idea tuan rumah bersama.

“Satu tema penting sama ada Piala Dunia boleh dilangsungkan di lebih daripada satu negara,” ujar Infantino. “FIFA sebelum ini menentang penganjuran bersama. Secara peribadi saya menyokongnya.

“2030 satu tahun yang amat penting dan sejarah perlu dihormati.”

Uruguay dianugerahkan sebagai tuan rumah Piala Dunia pertama pada 1930 dan menundukkan Argentina 4-2 pada final. Mereka turut menjuarai Piala Dunia pada 1950, mengejutkan tuan tumah Brazil pada perlawanan penentuan.

Argentina menjadi hos dan memenangi kejohanan itu pada 1978 dan lapan tahun kemudian Diego Maradona mengemudi kejuaraan kedua mereka di Mexico.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");