Panasnya Hari Ini

Polis Belum Terima Laporan Untuk Mulakan Siasatan Terhadap Tun M

KUALA LUMPUR:Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menjelaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima apa-apa laporan mahupun memulakan siasatan ke atas bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya, siasatan hanya akan dibuat selepas laporan diterima dan itu merupakan prosedur operasi standard (SOP) yang dijalankan PDRM selama ini.

“Saya tidak pasti sama ada kita ada menerima laporan terhadap apa jua tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir, dan SOP polis biasa bila kita menerima laporan polis, kita perlu siasat sama ada ada kesalahan atau tidak.

“Jadi sama ada ada kesalahan atau tidak, itu kemudian baru kita akan pastikan iaitu selepas siasatan dibuat,” katanya memetik sumber Astro Awani.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap individu tidak terlepas daripada siasatan polis sekiranya terdapat laporan dibuat mengenainya.

Tambahnya lagi, mana-mana individu tidak mempunyai imuniti untuk disiasat, termasuk Badan Peguam Negara.

Terdahulu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad dilaporkan berkata, Dr Mahathir mungkin disiasat di bawah Akta Hasutan selepas mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan dengan tujuan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, ketika berucap dalam majlis di Ampang pada Isnin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");