Jenayah

Lelaki maut ditimpa set generator

KAPAR: Seorang lelaki maut ditimpa set generator di tapak projek Lebuhraya Interchange Kilometer 2 Persiaran Hamzah Alang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 63 tahun berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat, berkata sebelum kejadian, mangsa bersama seorang pekerjanya yang berusia 24 tahun, dikatakan memeriksa set generator berkenaan.

Katanya, pekerja di tapak projek berkenaan mendakwa mendengar bunyi objek jatuh tidak lama kemudian.

“Apabila diperiksa, kedua-duanya didapati ditindih set terbabit dan kren terpaksa digunakan bagi mengalih generator berkenaan.

“Mangsa yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pekerjanya yang cedera di kaki dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan,” katanya kepada BH.

Mohd Yusoff berkata, set generator berkenaan dipercayai jatuh selepas pengikat yang menyokong tapaknya patah dan tercabut sebelum menimpa mangsa.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa,” katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/139121

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");