Panasnya Hari Ini

Tun M Letak Jawatan Pengerusi PROTON, Canselor UTP

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi PROTON Holdings Berhad, berkuatkuasa 31 Mac 2016.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di blog bekas Perdana Menteri itu, chedet.cc, petang ini.

Surat perletakan jawatan beliau telah dihantar kepada Pengarah Kumpulan DRB-Hicom Berhad, Datuk Seri Syed Faisal Albar, semalam.

Selain itu, Tun Mahathir juga turut melepaskan jawatan beliau sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas (UTP), juga berkuatkuasa pada 30 Mac.

“Keputusan beliau itu juga telah dimaklumkan kepada Rektor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim,”menurut kenyataan itu.

Dalam masa yang sama, mantan Perdana Menteri itu juga turut meletakkan jawatan sebagai penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pembangunan Tioman (TIDA).

Menurut kenyataan itu lagi, Ketua Setiausaha Negara juga turut dimaklumkan tentang perletakan jawatan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");