Berita Hari Ini

Lim Kit Siang didakwa cuba hasut rakyat

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa Penasihat DAP, Lim Kit Siang cuba menghasut rakyat apabila menuduh teks titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah disediakan perdana menteri dan kerajaan.

Menteri di Jabatan perdana menteri itu menegaskan sebagai ahli Parlimen veteran, Kit Siang sepatutnya memahami Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara yang akan mendapatkan nasihat Perdana Menteri dalam pentadbiran.

Beliau berkata Kit Siang dilihat sengaja berpura-pura atau mahu menghasut rakyat supaya tidak mempercayai titah itu datang daripada Tuanku Abdul Halim sendiri.

“Jangan sebut siapa yang sediakan ucapan, yang penting Agong sudah sampaikan ucapan itu.

“Satu kenyataan kurang bijak di mana beliau memang mengetahui, tapi mengajak rakyat supaya tidak menerima ucapan itu datang daripada tuanku. Sifat raja sebagai pemerintah itu. Sifat mereka adalah mendapat nasihat daripada perdana menteri, kita kena tahu itu,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");