Panasnya Hari Ini

MUBARAK Selangor Sepatutnya Jadi ‘Orang Tengah’ Nasihat Najib Berundur

KUALA LUMPUR:Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencadangkan supaya Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Selangor yang diketuai Tan Sri Dr Abu Hassan Omar berperanan menjadi orang tengah bagi memujuk Datuk Seri Najib Tun Razak berundur sebagai Perdana Menteri secepat mungkin.

Ujarnya, adalah lebih baik Mubarak menjadi medium perantara berbanding Abu Hassan yang menjadi ‘orang tengah’ dalam menyelesaikan pertikaian pendapat antara Najib dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Apakah mungkin Tan Sri Abu Hassan Omar nak jadi orang perantaraan bagi mendamaikan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Najib Tun Razak?

“Sesiapa yang berprinsip tegas berteraskan pada hukum agama sudah pasti tak mahu bersubahat dengan kemungkaran rasuah serta salahguna kuasa.

“Mungkin Tan Sri Abu Hassan Omar tak faham isu kot? Kami rakyat jelata di seluruh negara sedang melawan kemungkaran rasuah dan salahguna kuasa yang sedang membelenggu kepimpinan Najib Tun Razak hari ini,” katanya memetik menerusi kenyataannya di laman facebook hari ini.

Beliau turut memberikan cadangan lain kepada Abu Hassan iaitu menasihati Najib untuk membuat laporan polis dan menyaman Wall Street Journal (WSJ) serta Sarawak Report kerana menuduhnya rasuah dan menyeleweng duit 1MDB secara berterusan.

Tambahnya lagi, tuduhan yang dibuat oleh WSJ dan Sarawak Report itu telah tersebar di seluruh dunia dan mengakibatkan reputasi Perdana Menteri Malaysia dan negara turut terjejas.

“Bolehkah Tan Sri Abu Hassan Omar jadi orang perantaraan tanya Najib Tun Razak kenapa beliau tak mahu saman Wall Street Journal serta Sarawak Report?

“MUBARAK Selangor boleh main peranan jadi orang perantaraan dalam isu-isu ini kerana seluruh rakyat malaysia serta orang luar amat hairan kenapa Perdana Menteri Malaysia takut untuk bertindak sedemikian rupa?,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");