Jenayah

Lori tangki muatan diesel terbalik

SEPANG – Sebuah lori tangki dengan muatan diesel terbalik di Simpang LBJ, Jalan Besar Sepang di sini mengakibatkan berlakunya tumpahan diesel di laluan kemalangan terbabit kira-kira 7 pagi hari ini.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Sepang, Alpian Ab Hadi berkata lori tangki yang dalam perjalanan dari Sepang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu dipercayai terlanggar pembahagi jalan.

Beliau berkata ketika pihaknya tiba di tempat kejadian, orang awam sudah membantu mengeluarkan pemandu lori terbabit.

Pemandu lori berusia 44 tahun itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan namun dihantar ke hospital untuk pemeriksaan susulan, katanya.

“Ada berlaku sedikit tumpahan minyak diesel dan pihak kita segera melakukan kerja-kerja pembersihan untuk memastikan keselamatan serta tidak membahayakan pengguna,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Alpian berkata syarikat pemilik lori tangki terbabit turut ke lokasi kejadian untuk menyedut dan memindahkan minyak diesel ke lori tangki berasingan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");