Panasnya Hari Ini

Tun M, Pakatan Pembangkang Tandatangani ‘Deklarasi Rakyat’

Foto:-Malaysiakini

KUALA LUMPUR: Seramai 58 pemimpin yang terdiri daripada bekas pemimpin kanan negara, pemimpin pembangkang, aktivis politik dan ketua badan bukan kerajaan (NGO) telah menandatangani satu deklarasi yang dinamakan ‘Citizen’s Declaration’ atau Deklarasi Rakyat.

Deklarasi itu bertujuan untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melepaskan jawatan yang dipegang.

Antara bekas pemimpin kerajaan ialah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Antara pemimpin pembangkang yang turut menandatangani deklarasi tersebut ialah penasihat DAP, Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, Timbalan Presiden AMANAH, Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Turut dilihat ialah aktivis politik, Hishamuddin Rais dan Ambiga Sreenivasan.

Deklarasi tersebut mengandungi 36 perkara di mana terdapat empat permintaan utama.

Pertama, penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia tanpa menggunakan kekerasan dan undang-undang yang dibenarkan.

Kedua, menyingkirkan semua orang yang bekerjasama dengannya (Najib).

Ketiga, pemansuhan semua undang-undang dan perjanjian yang dibuat baru-baru ini yang melanggar hak-hak asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan melemahkan pilihan dasar.

Dan keempat, mengembalikan integriti institusi yang telah dilemahkan seperti polis, SPRM, Bank Negara, dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");