Membawang Hari Ini

Majlis persandingan Jihan, Ungku Hariz meriah

Shah Alam: Pasangan selebriti Jihan Muse, 33, dan Ungku Hariz, 31, diraikan dalam majlis persandingan di Menara NAZA TTDI, di sini, malam tadi.

Dalam majlis bertemakan tradisional itu, mereka kelihatan sama cantik sama segak dengan busana berwarna kuning rekaan pereka, Man Kajang.

Jihan yang juga pelakon, pelawak dan pengacara popular dan pelakon Ungku Hariz diarak masuk dengan paluan kompang dan bacaan selawat.

Majlis yang dikendalikan pengacara Nabil Ahmad itu turut meriah dengan kehadiran ramai rakan artis antaranya Erra Fazira, Johan Raja Lawak, Ella, Zain Saidin, Datuk Aznil Nawawi, Yana Samsuddin, Dafi, Sharifah Shahira, Rahim Sepahtu, Raja Azura, Zain Hamid, Faezah Elai, Achey dan ramai lagi.

Selain itu, Jihan turut memilih teman rapatnya yang terdiri daripada rakan artis seperti Zara Zya, Sharifah Sakinah, Fara Fauzana, Elfira Loy dan Nad Zainal sebagai pengiring.

Sebelum ini , mereka dinikahkan dalam satu majlis di Laman Kayangan, di sini, pada 20 Mac lalu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");