Membawang Hari Ini

Malaika Arora tutup mulut

Supermodel terkenal India, Malaika Arora Khan, 42, yang juga adik ipar Salman Khan mengambil sikap mendiamkan diri apabila media bertanyakan mengenai khabar angin perceraiannya dengan Arbaaz Khan.

Media India bertemunya pada minggu fe­syen di New Delhi apabila dia menggayakan rekaan Mandira Wirk.

Dia yang kelihatan tenang memaklumkan tidak mahu melayan pertanyaan berbaur peribadi daripada media. Dia tiba awal beberapa jam sebelum pertunjukan bermula dan terus meninggalkan acara sebaik ia berakhir.

Berita perceraiannya dengan Arbaaz mula tersebar awal tahun ini apabila mereka kelihatan tidak mesra ketika menjayakan satu program realiti berjudul Power Couple membabitkan mereka berdua.

Mereka juga datang ke lokasi dengan menaiki kereta berasingan, tinggal di bilik berlainan dan juga pulang sendirian.

Khabar angin itu semakin menjadi kenyataan apabila Malaika berpindah keluar dari kediaman mereka di Bandra dan menyewa di sebuah pangsapuri di Khar.

Malaika juga tidak kelihatan pada sambutan hari jadi adiknya, pelakon Amrita Arora yang diadakan di Dubai kerana Arbaaz turut hadir meraikan hari jadi adik iparnya itu.

Selain itu, dia juga dia tidak muncul pada majlis ‘baby shower’ adik iparnya, Arpita Khan Sharma yang diadakan di Mumbai dan Dubai, Februari lalu.

Bagaimanapun sehingga kini Malaika dan Arbaaz belum mengeluarkan sebarang kenyataan. Pun begitu, Amrita ada memberi komen yang bermaksud, ‘kedua-duanya sudah matang untuk membuat keputusan sendiri’.

Pasangan itu sudah 18 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua anak.

Sebagai abang sulung, Salman berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan adik­nya itu, namun khabarnya, Malaika tidak mahu mendengar nasihat daripada sesiapa lagi dan akan meneruskan hasratnya untuk memfailkan perceraian.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");