Sukan Hari Ini

Trio ‘BBC’ harapan Madrid

PENGENDALI Real Madrid, Zinedine Zidane percaya skuad bimbingannya mampu menyelamatkan musim hambar mereka andai Cristiano Ronaldo, Karim Benzema dan Gareth Bale kekal cergas untuk baki perlawanan musim ini.

Ketiga-tiga pemain berkenaan menjaringkan gol pada penampilan pertama mereka bersama selepas dua bulan apabila Madrid merapatkan jurang 10 mata di belakang pendahulu Liga Sepanyol, Barcelona selepas menewaskan Sevilla, 4-0, awal pagi semalam.

Bagi Zidane, dia gembira melihat persembahan ketiga-tiga pemain itu yang dianggap sangat menakjubkan.

“Dengan prestasi yang ditunjukkan pemain, saya sangat berpuas hati. Bermain seperti ini, kami boleh melakukan sesuatu yang hebat.

“Pemain sedar mengenai perkara itu tetapi dalam bola sepak setiap perlawanan berbeza jadi kami perlu bermain dengan intensiti dan komitmen yang sama,” katanya.

Mengulas mengenai pertemuan menentang Barcelona, 2 April ini, Zidane berkata, skuadnya sudah bersedia.

“Ia akan menjadi perlawanan yang istimewa kerana Madrid dan Barcelona adalah pasukan yang istimewa.

“Apa pun, kami sudah bersedia sepenuhnya. Ia adalah perlawanan besar, perlawanan membabitkan dua pasukan hebat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");