Panasnya Hari Ini

Malaysia Bukanlah Satu Negara Yang Gagal -Najib

KUALA LUMPUR: Malaysia bukanlah satu negara yang gagal seperti yang dituduh oleh sebilangan ahli politik tertentu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi catatan terbaharu di laman blognya, NajibRazak.com.

Beliau berkata, ia terbukti apabila pelaksanaan projek MRT Laluan Kedua masih diteruskan meskipun negara kini menghadapi cabaran ekonomi global yang sedikit sebanyak telah menjejaskan Bajet kerajaan.

Jelasnya, ia membuktikan bahawa kerajaan mengutamakan inisiatif-inisiatif tertentu dalam rancangan pembangunan negara.

Tegasnya, kerajaan akan terus berbelanja secara berhemah dan patut, terutamanya dalam projek-projek yang berpaksikan rakyat seperti infrastruktur dan pengangkutan.

“Kerajaan ingin memastikan bahawa pembinaan ini dapat disempurnakan dengan lancar dan membawa manfaat kepada semua secara saksama dari segi peluang pekerjaan dan pendapatan selain penggunaan perkhidmatan MRT bagi laluan ini oleh orang awam kelak,” kata beliau lagi.

Beliau berkata, bagi MRT Laluan Pertama, sebanyak 43 peratus daripada nilai keseluruhan pakej pembinaan telah diberikan kepada kontraktor Bumiputera sebagai sebahagian daripada inisiatif memastikan agenda ekonomi Bumiputera terpelihara.

“Bagi Laluan Kedua pula, kerajaan terus menggalakkan penglibatan Bumiputera melalui sekurang-kurangnya 45 peratus daripada jumlah nilai pakej dijangkakan selain keperluan minima sebanyak 30 peratus diberi kepada kontraktor Bumiputera bagi kerja-kerja perundingan yang ditetapkan oleh MRT Corp,” tambahnya lagi.

Beliau turut berkata, Kerajaan akan meneruskan usaha memartabatkan sistem pengangkutan awam negara demi kemudahan dan keselesaan rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");