Panasnya Hari Ini

SPR Tiada Kuasa Siasat Perbelanjaan Parti Politik

KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah menegaskan bahawa pihak SPR tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang siasatan terhadap mana-mana parti politik yang dikatakan telah berbelanja lebih sewaktu pilihan raya.

Ujarnya, kuasa SPR adalah terhadap calon yang bertanding dan juga dalam tempoh berkempen pilihan raya sahaja.

“Apa yang ditimbulkan oleh ahli parti terhadap perbelanjaan pilihan raya adalah urusan parti dan SPR tidak wajar dikaitkan.

“Ini kerana perjalanan sesebuah parti berdaftar dalam urusan perbelanjaan parti adalah di bawah Akta Pertubuhan dan sebagainya, dan bukan di bawah perundangan pilihan raya,” katanya memetik sumber Bernama.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas SPR terhadap laporan dibuat Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik dan Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong terhadap Barisan Nasional (BN) berkenaan perbelanjaan melebihi maksimum yang dakwanya melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya Laporan itu dibuat dan dihantar Ahli Parlimen berkenaan di Menara SPR dua hari lepas.

Mohd Hashim berkata, pihaknya perlu berhati-hati supaya tidak melampaui bidang kuasa yang diberikan agar tidak menyentuh bidang kuasa badan yang lain yang mempunyai kuasa menyiasat secara menyeluruh.

Tambahnya lagi, isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen berkenaan telah pun ditimbulkan juga oleh parti-parti lain sebelum ini seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang telah mengheret pihaknya ke mahkamah.

“Keputusan Mahkamah Tinggi telah memihak kepada SPR dan tiada kesalahan dari segi undang-undang pilihan raya oleh SPR dalam pengendalian Pilihan Raya Umum ke-13 lepas,” katanya.

Jelasnya lagi, selain itu petisyen pilihan raya juga telah difailkan oleh calon bertanding dan telah diputuskan oleh mahkamah sebelum ini.

Proses perundangan berkaitan pilihan raya telah pun dilalui SPR dan pihak berkepentingan juga telah mendapat keadilan sepenuhnya di Mahkamah Pilihan Raya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");