Perak Hari Ini

Marcass Café Bukan Sekadar Kafe Biasa

IPOH: Dibuka atas dasar persahabatan, Marcass Café ternyata bukan hanya berkisarkan kepada perhubungan persahabatan yang sekian lama terjalin, sebaliknya juga lebih mementingkan kepada hubungan dengan mereka yang kurang bernasib baik.

Pengarah Urusan Marcass Café yang hanya mahu dikenali sebagai Rajiv berkata, kafe tersebut diuruskan bersama dengan dua lagi rakannya, Meor Ehsan dan juga Mohamad Faez.

PERAK TODAY 13

“Nama Marcass Café ini tercipta secara spontan. Untuk makluman, saya dan rakan-rakan mempunyai satu ‘port’ lepak yang kami panggil ‘markas’.

“Jadi apabila kami mahu membuka kafe, kami mula mencari nama dan secara tidak langsung nama Marcass Café dipilih, cuma kami ubah sedikit ejaannya,”katanya ketika ditemui.

Dibuka secara rasmi sejak Januari lalu, idea pembukaan kafe tersebut datangnya secara spontan ketika beliau dan rakan-rakan sedang lepak di sebuah kedai makan.

“Idea ini tercetus masa kami sedang lepak dan tiba-tiba secara spontan saya mengajak mereka untuk membuka kafe.

PERAK TODAY 5

“Kemudiannya kami mula berbincang untuk membuka kafe dan tambahan pula, kami inginkan persahabatan ini kekal lama,”ujarnya.

Selain menawarkan menu makanan barat, kata Rajiv, Marcass Café juga turut terlibat dengan aktiviti-aktiviti sosial seperti majlis bersama anak yatim, golongan warga emas dan juga golongan gelandangan.

Katanya lagi, penglibatan Marcass Café di dalam aktiviti-aktiviti sosial adalah berdasarkan pengalaman beliau yang pernah hidup susah sewaktu kecil dahulu.’

“Saya membantu mereka kerana saya juga mempunyai pengalaman yang serupa. Jadi saya faham apa yang mereka rasa.

PERAK TODAY 8

“Bila saya bersama mereka, saya rasa seronok dan gembira. Perasaan itu tak dapat digambarkan dengan kata-kata,”ujarnya.

Mengulas mengenai publisiti, disebabkan mereka bertiga sibuk dengan kerja masing-masing, mereka publisiti tidak dapat diberi tumpuan secara sepenuhnya terhadap Marcass Café .

Ujarnya, kebanyakan pelanggan yang datang ke kafe tersebut hanya mengetahui menerusi laman Facebook ‘Ipoh-Ipoh Aje’ dan ‘Ipoh Halal Food’.

PERAK TODAY 10

Orang ramai yang ingin mencuba kelainan rasa masakan dan mengetahui lebih lanjut mengenai kafe berkenaan, boleh datang sendiri ke alamat yang telah disertakan di bawah:-

Nama Kafe : Marcass Café
Alamat : No 40 Jalan Tun Abdul Razak, Taman Cherry 30100, Ipoh
No Tel : 012 532 0010
Waktu Operasi : 5 Petang – 12 Pagi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");