Panasnya Hari Ini

Bapa Farah Asyikin Meninggal Dunia

Gambar: Instagram Farah Asyikin

KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi, Farah Asyikin telah menghembuskan nafas terakhir pada Subuh tadi.

Menerusi perkongsian terbaharu Farah di laman media sosial Facebook, beliau memaklumkan bahawa bapanya, Zulkifli Mohamad telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Damansara.

Namun begitu, tiada dinyatakan penyakit yang dialami oleh arwah bapanya itu.

Beliau yang juga merupakan ahli perniagaan berkata, jenazah bapanya dibawa ke Masjid AtTaqwa TTDI untuk diuruskan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kiara.

“Solat jenazah pada pukul 11 pagi di AtTaqwa TTDI.

“Alhmdulillah jenazah Bah selamat dikebumikan dikalangan keluarganya juga. Jazakumullah di atas doa dan juga kepada semua yang hadir,” katanya, di laman Facebook.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");