Sukan Hari Ini

Maria kembali tersenyum

Indian Wells, AS: Beberapa hari selepas mengejutkan dunia sukan apabila mengumumkan dia gagal ujian dadah pada Terbuka Australia Januari lalu, Maria Sharapova (gambar) berterima kasih kepada peminatnya dengan “kata-kata indah” yang membolehkannya kembali tersenyum.

Bintang Russia itu berdepan hukuman maksimum empat tahun bergantung kepada siasatan Persekutuan Tenis Antarabangsa selepas diuji positif dengan meldonium, yang mana sesetengah pengkaji mengaitkannya dengan meningkatkan persembahan dan ketahanan atlet.

“Saya bangun pagi semalam dengan kotak e-mel dipenuhi kata-kata kasih sayang dan belas kasihan,” tulis juara lima gelaran Grand Slam Maria, 28, dalam Facebook. “Pada ketika ini, saya amat berbangga menganggap anda peminat saya.

“Dalam beberapa jam selepas pengumuman saya, anda membuktikan sokongan dan kesetiaan, sesuatu yang saya jangka hanya didapati bila seseorang berada di puncak kerjaya mereka. Saya mahu memberitahu anda kata-kata indah anda menyebabkan saya tersenyum.

“Saya mahu bermain kembali dan harap berpeluang melakukannya. Mesej anda memberikan saya rangsangan hebat. Mesej ini bukannya apa-apa tapi sekadar mengucapkan terima kasih. Terima kasih banyak-banyak.”

Maria, yang bergelut dengan beberapa kecederaan akhir-akhir ini namun terkenal dengan pendekatan tidak berputus asa di gelanggang berkata, dia sedia bertarung mengatasi kemelut baru dihadapinya. – Reuters/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");