Panasnya Hari Ini

Tabung #Lawan1MDB Dilancarkan, Bantu Nurul Izzah Bayar Saman

Foto:-Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengesahkan bahawa Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai telah melancarkan Tabung Sumbangan Nurul Izzah Anwar dengan sumbangan sebanyak RM50 bagi membayar saman berjumlah RM50,000 yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR itu.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama tiga pemimpin lain telah berjaya membatalkan saman PKR terhadap mereka atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya berikutan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Pengesahan Nurul Izzah itu disahkan oleh beliau sendiri menerusi satu pesanan ringkas kepada portal berita, Free Malaysia Today.

“Ya benar (merujuk kepada tabung RM50 untuk Nurul Izzah),”jawabnya.

Tabung yang diberi nama #Lawan1MDB itu telah dilancarkan semalam sebagai tanda penghargaan atas tindakan berani PKR dan Nurul Izzah menyaman Perdana Menteri, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Terdahulu, PKR telah memfailkan saman terhadap Najib pada Ogos 2015 di atas dakwaan telah melakukan kesalahan pada pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Saman tersebut juga turut difailkan terhadap Tengku Adnan, 1MDB dan SPR.

Januari lalu, peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib dan Tengku Adnan memohon supaya Nurul Izzah membayar kos sebanyak RM50,000 selepas Naib Presiden PKR itu gagal mendapat kelulusan daripada pihak mahkamah untuk mendedahkan akaun Najib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");