Sukan Hari Ini

Matias senjata PKNS

Melaka: Sentuhan berbisa pemain import Palestin Matias Nicholas Hadwa ditagih jurulatih PKNS FC E Elavarasan dalam merangka strategi berdepan FELDA United pada saingan pusingan ketiga Piala FA di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, di sini, malam ini.

Gerakan dicipta pemain yang pernah membantu Palestin menewaskan Malaysia 6-0 pada pada perlawanan kedua Kumpulan A dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018 serta Piala Asia 2019 tahun lalu itu bakal menjadi duri dalam daging buat skuad pelawat.

Pengurus pasukan PKNS Mahfizul Rusydin berkata, walaupun belum berpuas hati dengan prestasi pemain itu, Matias sudah membuktikan keupayaannya ketika menewaskan Terengganu pada pusingan kedua Piala FA selain kemenangan ke atas ATM dan Sime Darby dalam saingan Liga Perdana sebelum ini.

Katanya, pemain terbabit bakal digandingkan dengan pemain import Argentina Juan Cobelli, Gabriel Guerra dan arkitek tempatan Shahurain Abu Samah dalam usaha membentuk gandingan mantap di barisan tengah dan serangan sekali gus memburu kemenangan yang amat diharapkan.

Menurutnya, setakat ini dia berpuas hati dengan persembahan pasukan, malah menegaskan aksi kurang bertenaga 45 minit pertama perlawanan lalu, tidak akan berulang.

“Pemain kembali bangkit pada babak kedua untuk meledak tiga gol selepas ketinggalan 0-1 di tangan Sime Darby pada babak pertama saingan terakhir Liga Perdana minggu lalu.

“Saya mengharapkan pemain terus cemerlang sejak awal perlawanan,” katanya.

Menurutnya, beliau sedar FELDA United sebuah pasukan mantap namun masih ada ruang buat mereka mencipta kejutan ke atas lawan.

Mahfizul berkata, lawannya itu bukan calang-calang pasukan, tambahan mereka memiliki ramai pemain berkualiti, namun Red Ants akan memberi cabaran paling getir kepada pasukan itu malam ini.-harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");